Ekoran daripada kemelut rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila, beliau dilaporkan telah membuat permohonan nusyuz terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Permohonan yang dilaporkan dibuat pada 19 September itu adalah bertujuan bafi memperbetulkan keadaan serta spekulasi tentang rumah tangga mereka.
“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.
“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.
“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya.
Peguam Noor Nabila juga mengesahkan permohonan itu pada 22 September lalu dan sebutan semula kes nusyuz bagi hasil laporan jawatankuasa pendamai juga telah ditetapkan oleh mahkamah.
Terdahulu, Nabila telah memfailkan permohonan cerai pada Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu, namun ditolak oleh Sharnaaz.
Info:

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.