Pelakon, Sharnaaz Ahmad hadir ke Mahkamah Majistret hari ini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium Jun tahun lalu.

Berusia 38 tahun, Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di kawasan lif pintu masuk sebuah blok kondominium di Jalan Dutamas pukul 8.30 malam pada 16 Jun 2022.
Susulan kejadian itu, pendakwaan telah dikenakan dengan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mneurut Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, prosiding dijalankan dan mereka telah menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Namun, peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Sharnaaz memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.