Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebelum ini mengumumkan khabar gembira bahawa dia kini sedang hamil anak sulung pertamanya bersama suami, Datuk Seri Khalid.
Penyanyi popular ini juga dilaporkan sudah sarat mengandung dan tidak lagi mampu untuk berjalan jauh sehingga terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda. Dalam sebuah video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, kelihata dia ditolak di atas kerusi roda oleh suaminya ketika berada di sebuah pusat beli belah.
"Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda... #suamipecutmacamferrarri," kata Siti lagi
Rata-rata peminatnya memahami keadaan dirinya yang sarat mengandung serta sukar untuk berjalan. Malah, ada yang memuji tindakan suaminya yang sangat sweet dan gentleman. Kami di Sinar fm mendoakan agar kandungan Siti sihat dan urusan kelahiran anak pertama ini dipermudahkan olehNYA.
Sumber dari Siakap Keli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.