Penyanyi, Siti Nordiana Alias berkongsi untuk memberi fokus kepada karier seninya dulu dan memohon doa ramai agar diberikan kebaikan dalam kehidupan.

Berusia 39 tahun, dia juga tidak mahu memikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan kerana dia yakin dengan perancangan Allah yang terbaik.
"Buat masa ini, macam yang pernah saya katakan hanya nak fokus pada kerjaya saja. Apa saja kemungkinan yang berlaku pada masa depan, saya tidak pasti dan mohon doakan yang terbaik untuk saya dalam kehidupan ini.
"Saya juga ucapkan berbanyak terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan ada bersama-sama di belakang saya selama ini. Terima kasih atas sokongan kalian semua," katanya.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi ini juga selesa melihat positif dan memikirkan ketenangan diri kerana itu lebih utama untuk kesihatan yang baik.
Baru-baru ini, Nana membuat keputusan menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu dengan bermaaf-maafan selepas perbicaraan berlanjutan selama dua tahun.
Individu terlibat ialah penyanyi Syura Badron dan Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim, termasuk Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar Samin serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.
Difahamkan Lan memaklumkan dia bersedia bekerja secara profesional dengan Nana sekiranya masih berpeluang pada masa akan datang.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.