Penyanyi, Siti Nordiana berkongsi kisahnya dahulu ketika menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja.

Berusia 39 tahun, dia mengakui Achik mempunyai perasaan terhadap dirinya sebelum membalas semula cinta tersebut.
Mesra disapa Nana, dia mendedahkan cerita itu ketika ditemubual di Borak Selebriti SINAR bersama Dina Nadzir dan Falyq Hikyle.
"Ini cerita lama sebenarnya dan boleh dikatakan cerita zaman remaja dulu. Orang kata cinta monyet lah. Pada ketika itu saya berumur antara 15 atau 16 tahun. Masa itu saya digosipkan dengan arwah Achik.
"Pergi mana-mana, bila digosipkan mesti rasa malu-malu dengan dia. Kira macam, dia memang ada hati pada saya dan selama ini dia pergi menonton persembahan saya. Sejak itu juga saya tahu dia meminati saya.
"Jadi, saya pun balas cintanya. Tapi sekejap saja," katanya.
Malah, Nana juga terharu apabila arwah sentiasa kuat memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian.
Biarpun, masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri tetapi semangat setia kawan mereka tetap kuat.
Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.