
Penyanyi kegemaran ramai, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dianugerahi dengan pangkat Datuk Sri. Siti Nurhaliza yang merupakan anak jati Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini.
Selain itu, tiga selebriti tempatan yang turut menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof yang menerima anugerah SSAP. Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang yang juga membawa gelaran Datuk.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.
Sumber dari Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.