Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Selepas Tujuh Hari Bersalin, Siti Nurhaliza Dedahkan Nama Dan Wajah Anakanda Tercinta

Comelnya anak Tokti! Dan cantik betul pilihan namanya!
nura
27 Apr 2021, 11:06 AM

Minggu lepas, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya matanya yang kedua. Tujuh hari sudah berlalu sejak kelahiran puteranya, Siti mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya itu di media sosial. 

selepas tujuh hari bersalin, siti nurhaliza dedahkan nama dan wajah anakanda tercinta

“Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.

“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami,” tulisnya.

Muhammad Afwa menjadi pilihan nama bagi putera tercinta pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

selepas tujuh hari bersalin, siti nurhaliza dedahkan nama dan wajah anakanda tercinta

Menurut hantaran Siti di Instagram, beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah memilih nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa,” katanya.

Tambahnya lagi, pilihan nama Afwa turut melengkapi nama anak sulung mereka, Siti Aafiyah yang terkandung dalam doa lengkap afiyah.

 

 

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah

"Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah S.W.T. dan kita semua juga di dalam lindungan-Nya," kata beliau.

Sempena kelahiran anak keduanya, Siti turut mengadakan majlis tahnik yang telah diadakan di kediaman rumahnya.

Siti Nurhaliza selamat melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

 

 

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }