Pelakon, Siti Saleha berjaya merangkul trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.
Berusia 34 tahun, Siti Saleha menang melalui hasil lakonan hebat dalam drama SeOfis dan dia juga menyifatkan kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi momen indahnya seorang tetapi satu pencapaian istimewa buat tanah air sendiri.
“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya di laman Instagram.
Pelbagai reaksi daripada warganet dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain berbangga dengan pencapaian yang mengharumkan nama negara itu.
“Tahniah Saleha! Malaysia bangga dengan awak,” katanya.
“Alhamdulillah, Saleha dan Malaysia mendunia di bumi Korea!,” komen netizen bangga.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.