Pelakon Amyza Aznan reda apabila suaminya, Khairil Idzhar Mohd. Nazir terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, awal pagi tadi.

Berusia 47 tahun, pelakon itu berkongsi suaminya, berdepan saat kritikal selepas mengalami sesak nafas semalam.
“Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi. Namun, mula turun hingga ke paras normal.
“Tetapi kira-kira pukul 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan,” katanya.
Malah, dia juga sudah menandatangani surat kebenaran supaya suami dapat menjalani dialisis selepas disahkan mempunyai masalah buah pinggang.
Sama-sama doakan buat kesihatan suami Amyza!
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.