
Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari lalu.
Armin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Dia didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan bertujuan mengajar anaknya mengaji dan bersolat namun anaknya tidak faham dan dikatakan bebal.Dikatakan juga kini Armin tidak mempunyai pekerjaan. Laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana Zain pada 27 Februari lalu sebelum suaminya itu ditahan polis bagi membantu siasatan.
Sumber dari Berita Harian dan Rotikaya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.