Baru-baru ini, bekas anggota In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan telah ditidurkan di hsebuah hospital akibat sakit yang dihidapinya.
Menurut isterinya iaitu Nordiana Mohd Naim, dia memohon maaf sekiranya suaminya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Malah, dia juga berkongsi keadaan suaminya sudah menunjukkan perubahan baik, tetapi masih lagi ditidurkan.
Tambahnya, suaminya dimasukkan di hospital sejak lima hari lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
"Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas tuberculosis (tibi).
"Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua, tetapi kami masih menantikan keputusan.
"Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.
"Walaupun doktor mengatakan keadaannya kritikal, tapi saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi," katanya.
Dia berharap agar ramai mendoakan untuk kesihatan suaminya agar cepat sembuh.
"Saya tak minta banyak, hanya nak suami kembali sedar seperti dulu. Banyak lagi yang saya nak cerita dengan suami," katanya.
Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.