
Bagi mengelakkan salah faham, penyanyi Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 31, berkongsi segala aspek kehidupan kepada isterinya, Ernie Zakri kerana mereka bekerja dalam industri yang sama.
Syamel mahu lebih berjaga-jaga memandangkan pelbagai kisah rumah tangga melibatkan selebriti yang terjadi belakangan ini.
“Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap susah sebab kami dalam industri sama. Risau pula pasangan dengar cerita daripada orang lain.
“Itu membuatkan kami sentiasa berhati-hati dan menjaga perasaan pasangan dengan lebih baik,” ujar Syamel.
Selain itu, penyanyi lagu ‘Hidup Dalam Mati’ itu turut mementingkan komunikasi dengan menerapkan perbincangan bersama Ernie agar lebih saling memahami antara satu sama lain.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.