Pergolakan rumah tangga antara pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya termeterai apabila pihak suami bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur kerana segala urusan itu mendapat kata sepakat dan tidak perlu dipanjangkan.
Tambahnya, kedua-dua pihak ada berjumpa semalam bagi melakukan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
"Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.
"Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh 'move on' dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah," katanya.
Tambahnya, dia juga berkongsi Syamsul juga tidak mahu berpanjangkan dan mahu menyelesaikan kemelut itu.
"Saya pun sudah tahu apa saya nak, apa dia nak, cuma tunggu peguam buatkan kontrak persetujuan untuk ditanda tangan," katanya.
Syamsul dan Puteri Sarah sepatutnya mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu.
Namun, JKP terbabit dianggap selesai selepas pertemuan dan perbincangan kata sepakat dibuat mereka.
Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.