Pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid dan isteri Syifa Melvin meluahkan perasaan syukur setelah menyambut kelahiran cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Bayi lelaki itu dilahirkan pada jam 5.28 petang berita gembira itu dikongsi Safawi dalam hantaran Instagram (IG).
Berita gembira itu dikongsikan Safawi di laman Instagram mereka dan bayi lelaki itu lahir dalam keadaan sihat pada jam 5,28 petang.
Saif Sulaiman Muhammad Safawi merupakan nama yang dipilih mereka buat anak sulung itu.
"Masya-Allah, Tabarakallah, Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023 pada jam 5.28 petang," katanya.
Malah, Syifa juga tidak terkata dan bersyukur atas kelahiran Saif biarpun lebih awal daripada apa yang dirancang.
"Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Tidak terbalas semua, semua jadi secara tiba-tiba. Nanti ada tenaga kita cerita.
"Ku sangka Oktober, ternyata awal 21 hari. Hujung September dia hendak keluar. Alhamdulillah untuk segala-galanya," jelasnya menerusi IG Story.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.