
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia Tegar Septian kini tidak lagi bersama Sarah Sheilka.
Berita itu diumumkan Tegar menerusi Instagram story.
Menurut Tegar lagi apa yang digambarkan di media sosial bukanlah dirinya yang sebenar. Terlalu banyak masalah yang dilaluinya sepanjang usia perkahwinan mereka.
"Aku sudah tidak bersama Sarah lagi. Aku sudah terlalu penat dan aku janji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," tulisnya di IG story.
Tegar juga ingin memulakan kehidupan baru, bermula dari kosong.
Pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang juga menjelaskan dia sebelum ini berada dalam keadaan tertekan hingga badannya kurus kerana terlalu banyak berfikir.
"Wang juga sudah nak cari. Saya jadi tertekan," katanya.
Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.