Pelawak dan pelakon Azlee Senario kini dikejarkan ke Institusi Jantung Negara (IJN) difahamkan akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.

Menurut perkongsian pelakon juga pelawak, Ropie Cecupak di laman Instagram, dia memaklumkan tentang berita duka tersebut tanpa memperincikan masalah kesihatan Azlee tersebut.
“Mohon doakan Azlee, dia sekarang berada di Hospital Sungai Buluh dan dalam perjalanan ke IJN,” katanya sambil menunjukkan tangkap layar berita mengejutkan itu.
Tambahnya, Ropie juga memohon doa ramai agar Azlee diberikan kesihatan baik selepas mendapatkan rawatan.
“Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita Azlee Senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” jelasnya.
Pelbagai reaksi yang diberikan daripada rakan-rakan artis dan para peminat tentang berita keadaan kesihatan pelawak itu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.