Pengacara, Raja Azura mendedahkan perubahan dirinya ini bukanlah sekadar cantik atau fesyen tetapi pilihannya sendiri terutamanya dia yang sudah semakin meningkat usia.

Berusia 51 tahun, dia kini sudah genap sebulan berhijab dan niatnya ikhlas kerana Allah SWT.
“Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah. Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, dia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.