Oleh : Syakireen Othman
Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pun diberi mandat untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas kemenangan di PRU 14 baru-baru ini. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama yang dilantik di negara ini.
Selain bergiat aktif dalam bidang politik, Datuk Seri Dr. Wan Azizah juga aktif di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter. Kami di Sinar baru sahaja menemui sesuatu yang gembira di mana Jep Sepahtu merupakan antara satu-satunya selebriti di Malaysia yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah ikuti menerusi laman sosial, Instagram! Apa tidaknya kalau lihat di ‘Following’ Instagram Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita, hanya 46 akaun Instagram yang beliau ikuti dan rata-ratanya hanyalah tokoh-tokoh politik.
Dan ini merupakan respon positif dari Jep Sepahtu ,”Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow (tak sengaja)🤣. Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau”.Selain itu, Jep turut meluahkan rasa gembira di atas pembebasan suami kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Apa pun,kami yakin Datuk Seri Dr. Wan Azizah mampu menjalankan tugas dan juga menerima mandat yang diberikan oleh rakyat. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka yang memimpin #MalaysiaBaharu ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.