Penyanyi legenda, Tina Turner yang terkenal dengan lagu What's Love Got to Do With It, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland.

Berusia 83 tahun, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit yang lama dideritai, semalam.
Memetik laporan AP, mendiang Turner dilaporkan menghidap kanser usus dan menjalani pemindahan ginjal atau buah pinggang pada 2017.
Majlis pengebumian mendiang Turner sedang diuruskan dan ia akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
"Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup. Hanya keluarga dan rakan terdekat akan diundang," katanya.
Namun, maklumat terperinci mengenai tarikh dan lokasi upacara itu diadakan tidak didedahkan.
Malah, berita pemergian mendiang juga dikongsikan di laman Instagram miliknya.
"Dengan penuh rasa sedih, kami mengumumkan pemergian Tina Turner. Dengan muzik dan minat yang tidak terbatas, Tina berjaya memukau jutaan peminat di seluruh dunia.
"Beliau juga memberi inspirasi kepada mereka yang bakal bergelar bintang.
"Hari ini, kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada kepada sahabat tersayang yang meninggalkan kami dengan hasil kerja dan muziknya. Tina, kami akan merindui kamu," tulis dikapsyen.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.