Semalam kita menerima berita yang mengejutkan Abam Bocey telah meninggalkan kita buat selamanya.
Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediaman rumahnya di Gombak pada pagi Isnin. Jenazah Allahyarham disembahyangkan oleh ribuan jemaah di Masjid Zakaria, Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sg Pusu petang semalam.
Sahabat karib dan rakan sepasukan Bochey, iaitu Fad Bochey berkongsi paparan mesej WhatsApp antara dia dan Achey.
“Dia tipu kita Fad….dia tido betul.”
“Kita jaga nama Bocey ni ye chey
Ini je yang arwah tinggalkan untuk kita jaga sama-sama.”
“Tinggal kita berdua je chey.”
Sebelum itu, Achey juga berkongsi paparan mesej yang ditulis oleh Allahyarham semperna hari lahirnya sebelum ini.
“Semoga kita kekal sampai mati. Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.”
Tidak sangka gurauan itu ternyata menjadi satu kenyataan.
Perkongsian oleh Fad dan Achey ini membuatkan ramai bersedih atas pemergian arwah dan mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah Abam.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.