Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Tom Bekas Kekasih Saya..” Fuad Mengaku Cinta Berputik Kembali

Mereka merupakan pasangan kekasih pada tahun 2005
Aimi Amira Nordin
08 Dec 2022, 01:04 PM

Bekas peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Fuad Rahman mengakui kini sedang menjalin cinta dengan Tom yang juga bekas peserta GV9.

Dedah Fuad, 43, rasa cinta terhadap bekas kekasihnya itu mula berputik pada minggu kedua konsert GV9 dan sudah meluahkan perasaanya kepada Tom dua minggu lalu.

"Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.

"Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya kepada Gempak.

Fuad juga mendedahkan yang Tom merupakan bekas kekasihnya pada tahun 2005.  Bagaimanapun, mereka terpaksa berpisah apabila Fuad menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Kemudian, selepas Fuad selesai menjalani hukuman penjara masing-masing menjalani kehidupan sendiri dan tidak berhubungan hinggalah mereka bertemu semula di pentas GV.

"Tapi sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tidak berhubung lagi.

"Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baharu, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza.

"Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah," katanya.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us