Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Tom Trauma, Dedah Pernah Disorok Bunian

Pernah hilang berhari-hari?
Izwan
11 Sep 2023, 04:12 PM

Bekas bintang Gegar Vaganza, Tom mendedahkan pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila pernah hilang berhari-hari dipercayai disorok 'bunian'.

tom trauma, dedah pernah disorok bunian

Menurut perkongsiannya di Instagram Story (IGs), penyanyi itu memaklumkan dia mengalami kejadian itu ketika masih kecil dan ia berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

"Masa berumur tiga tahun, Tom pernah hilang beberapa hari di kampung di Kuala Kangsar. Keluarga cakap Tom kena sorok dengan bunian. Tak tahulah sama kisah ini betul atau tidak.

"Tapi apa yang Tom ingat, masa tu Tom berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

"Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk Tom yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

"Mereka semua pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom sudah tak ingat apa-apa," tulis juara program realiti, My Starz LG musim ketiga ini.

Tambahnya, dia menyedari mengenai insiden yang berlaku selepas ahli keluarganya kecoh dengan kehilangannya.

"Tom hanya sedar bila nenek menangis melihat orang kampung hantar Tom balik depan rumah. Cuma, yang hantar bukanlah perempuan tadi, tapi makcik dan pakcik tua di kampung.

"Mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu.

"Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam. Emak Tom ada juga cerita kejadian ini pada suami, Fuad Rahman," katanya.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us