Pelakon terkenal Hollywood, Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Perkara tersebut telah disahkan sendiri aktor itu menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto pada Khamis.
Hanks dilaporkan menghidap jangkitan COVID-19 ketika sedang berada di Australia, dan memberitahu bahawa mereka telah demam beberapa hari sebelum ini.
"Hai, Rita dan saya positif COVID-19 di Australia. Kami rasa sedikit penat, badan sejuk dan gatal-gatal. Rita juga mengalami demam", kata Tom Hans dalam satu kenyataan.
Hello, folks. Rita and I are down here in Australia. We felt a bit tired, like we had colds, and some body aches. Rita had some chills that came and went. Slight fevers too. To play things right, as is needed in the world right now, we were tested for the Coronavirus, and were found to be positive. Well, now. What to do next? The Medical Officials have protocols that must be followed. We Hanks’ will be tested, observed, and isolated for as long as public health and safety requires. Not much more to it than a one-day-at-a-time approach, no? We’ll keep the world posted and updated. Take care of yourselves! Hanx!
A post shared by Tom Hanks (@tomhanks) on
Mereka berada di The Gold Coast, Australia untuk penggambaran filem terbarunya.
Pihak syarikat Warner Bros. juga sudah sedia maklum mengenai penularan wabak COVID-19 dan akan bekerjasama dengan pihak kesihatan Australia bagi mengesan kontak rapat dengan Tom Hanks sepanjang keberadaannya disana.
WHO juga telah mengumumkan bahawa COVID-19 kini berada dalam tahap pandemik.
Untuk perkembangan lebih lanjut berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Deadline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.