Tony Dunne yang pernah bermain bersama Red Devils dilaporkan meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Dunne pernah membantu melonjakkan nama Manchester United suatu ketika dahulu dan merekodkan sebanyak 500 penampilan bersama kelab bola sepak tersebut selama 13 tahun sejak 1973.
Bekas pemain kebangsaan Ireland ini juga pernah dinobatkan sebagai Permain Terbaik 1969 dan mengikat lilitan kapten untuk negaranya dengan 33 kap.
Pada tahun 1960, dia menyertai United dari kelab Ireland, Shelbourne dengan nilai perpindahan 5,000 paun (RM21,307) dan menjadi pemain penting di situ.
Dunne turut menjulang trofi Piala FA 1963 apabila menewaskan Leicester City di Wembley dan turut menjuarai gelaran liga pada tahun 1965.
Dunne sehingga kini kekal diingati sebagai pemain pertahanan paling hebat bagi kelab United sepanjang kariernya sebelum muncul pemain-pemain baharu di Old Trafford.
Pada tahun 1979, Dunne berhijrah ke Atlantic untuk menyertai Detroit Express sebelum kembali ke Bolton sebagai penolong pengurus.
Sumber: Daily Star UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.