Pelakon, Tony Eusoff mengakui dirinya hampir dicabul kaum sejenis sewaktu zaman remaja dan pernah menghadapi situasi cemas yang lain.
Malah, dia menceritakan kejadian yang berlaku ketika usianya 15 tahun ketika itu.

Bersusia 47 tahun, dia tidak pernah menceritakan kisah berkenaan kepada mana-mana pihak sebelum ini.
“Kejadian ini berlaku ketika saya masih di bangku sekolah di Kuching, Sarawak. Saya pernah ‘dipancing’ untuk ikut seorang lelaki berusia 40-an ke bilik hotelnya.
“Ketika itu saya sedang lepak di sebuah pusat beli belah. Tiba-tiba saya dilanggar seorang lelaki hingga menyebabkan fail yang dipegangnya terjatuh. Saya yang naif ketika itu rasa sangat bersalah dan gelabah kerana telah menyebabkan failnya terjatuh.
“Dari situlah kami mula berkenalan dan berbual. Tetapi lama-kelamaan dia mula bertanya tentang perkara peribadi dan apa yang saya suka lalu dia mengajak saya ke hotel tempat penginapannya,” katanya.
Tambahnya, dia berasa tidak selesa dan mempunyai perasaan yang tidak kena jadi dia terus menolak ajakan lelaki terbabit yang mengaku dirinya seorang peguam berasal dari Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.