Baru-baru ini, beberapa video trailer drama Terjerat lakonan Aliff Aziz dan Ruhainies tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet.

Biarpun drama tersebut belum ditayangkan secara rasmi tetapi ia sudah trending dan menjaga buah mulut orang ramai.
Baru sahaja muncul beberapa video, netizen sudah melemparkan kata-kata negatif sehingga ingin memboikot drama tersebut.
Pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan enggan menonton lakonan dua pelakon tersebut yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
“Kenapa video ini viral. Menyampah dan tak mahu tengok drama mereka!,” komen seorang pengguna Instagram.
“Tak suka Ruhainies, Aliff. Jom boikot drama Terjerat,” komen seorang netizen.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.