Penyanyi, Wany Hasrita ingin berkongsi aksinya membuat biskut mengikut resepi Khairul Aming namun gelagat lucunya yang tersalah menggunakan penapis membuat netizen terhibur.
Melalui perkongsian Wany di Instagram, dia muat naik satu video bagi menunjukkan aksi membuat biskut amaturnya itu untuk tatapan umum.
Tapi aksinya itu yang menarik perhatian peminat apabila Wany meletakkan gula kasar di dalam penapis dan tersedar gula tersebut tidak perlu diayak.
“Yang kedua kau letaklah gula dalam setengah cawan. Aku pun tak faham kenapa aku letak dalam penapis gula ni, bodoh jugak aku ni,” kata Wany menerusi video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat tutorial memasak Wany.
Sedutan terayak gula tersebut disunting daripada video sebenar yang dimuat naik di laman YouTube.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.