Pelakon jelita Wawa Zainal berkongsi bahawa dia tidak memiliki koleksi pinggan mahal yang kini sedang viral di media sosial.
Menurut Wawa, dia hanya memakai pinggan percuma dari pembelian ubat gigi dari zaman awal perkahwinan bersama suami, Aeril Zafrel.
"Kita takda pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun takda, pinggan free ubat gigi saja ada.
"Pinggan ini dari zaman memula kahwin dengan Aeril lagi, masih ada lagi sampai sekarang," tulis Wawa di Instagram.
Rata-rata netizen kagum dengan perkongsian dan turut meninggalkan komen positif dan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Pinggan mangkuk seramik berbagai corak menjadi viral kebelakangan ini sehingga Public Health Malaysia mengeluarkan penyataan bahawa pinggan mangkuk seramik itu amat berbahaya jika digunakan untuk menghidangkan makanan.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.