Belum pun ditayangkan, filem animasi tempatan bertajuk ‘Wheely’ sudah mendapat tempahan di 100 negara serata dunia.
Filem dari Kartun Studios yang diterbitkan oleh Datuk Norman Abdul Halim itu juga petanda baik bahawa produk animasi tempatan juga setanding produk antarabangsa.
"Alhamdulillah belum pun ditayangkan tetapi 100 buah negara seperti China, Korea Selatan, Ecuador, Iceland, United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah pun membuat tempahan untuk menayangkan filem ini.
"Tempahan dibuat pun hanya berdasarkan trailer dan ia sudah cukup membuatkan mereka berminat dengan filem ini.
"Ia satu kejayaan sebenarnya buat industri animasi tempatan selain ia bukti tenaga kerja dan produk Malaysia setanding dengan antarabangsa," katanya kepada mStar.
Tambah Norman lagi, filem Wheely juga 100% berbeza dengan jalan cerita filem ‘Cars’.
Wheely menampilkan suara Zizan Razak, Lisah Surihani dan Johan. Ia bakal ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 16 Ogos ini sempena cuti persekolahan yang akan bermula dua hari kemudian.
Ia turut dialih bahasa ke bahasa Inggeris.
Filem animasi itu mengisahkan mengenai sebuah kereta bernama Wheely yang bangkit daripada kekalahan dalam perlumbaan kereta.
Sumber: mStar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.