Bekas vokalis kumpulan rock popular Rusty Blade, Yantzen mendedahkan dia mengalami penyakit misteri yang mengakibatkan kesakitan dan kebas pada bahagian kaki terutamanya pada waktu malam sejak setahun lalu.

Berusia 65 tahun, dia tetap bersyukur masih mampu melakukan aktiviti dan mengadakan persembahan.
“Alhamdulillah walaupun tidak sepenuhnya, tetapi kesakitan saya semakin pulih selepas berikhtiar dengan rawatan tradisional.
“Sebelum ini selama tiga bulan saya saya mengalami kesakitan pada bahagian kaki sehingga sukar nak melelapkan mata. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba dan sukar untuk dijelaskan.
“Bagaimana pun saya bersyukur apabila melewati usia 60-an ini masih diberikan tenaga dan mampu bekerja walaupun diuji dengan sedikit masalah kesihatan,” ujarnya.
Tambahnya, pelantun lagu Insan itu menyedari pelbagai reaksi dan tanggapan negatif yang terpaksa dihadapinya berpunca daripada penyakit misteri itu.
Namun, Yantzen tidak pernah terasa hati tetapi dia mahu kekal fokus mendapatkan rawatan bagi penyakit tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.