Penyanyi popular, Zamani dilaporkan sedang mengalami sakit di bahagian pinggang kerana tidak menjalani rawatan fisioterapi.

Berusia 53 tahun, dia seharusnya melakukan rawatan fisioterapi selepas pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat penyakit skoliosis pada 7 November lalu.
Malah, dia dilaporkan tidak dapat mengikuti sesi fisioterapi yang ditetapkan akibat kepadatan jadual bekerja.
Selepas pembedahan itu, Zamani sepatutnya menjalani fisioterapi dua kali seminggu mengikut jadual yang ditetapkan.
"Sebenarnya tahap kesihatan saya ada penurunan sedikit kerana saya tidak pergi fisioterapi. Saya sepatutnya buat (fisioterapi) untuk pulih sepenuhnya, tapi saya hanya lakukan selama sebulan setengah dan kemudian saya berhenti," katanya.
Namun, doktor memaklumkan Zamani terhadap keadaannya yang kini semakin baik dan bakal menerima rawatan susulan dalam masa dua minggu.
Dia juga dimaklumkan kemungkinan mengalami bongkok semula tidak ada melainkan dia tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.