Pelakon, Zamarul Hisham meluahkan rasa syukur masih diberikan peluang untuk mewarnai industri hiburan tanah air.
Malah, dia juga banyak mendapat tawaran watak hero berbanding pelakon seusianya kini lebih banyak melakonkan watak bapa.

Pada usia 50-an, dia masih berpeluang membawakan watak utama.
“Alhamdulillah pada usia 53 tahun saya masih diberi peluang untuk melakonkan watak hero bergandingan dengan artis-artis muda.
“Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran drama 40 episod sebagai hero untuk saluran Astro Ria. Selepas itu saya akan teruskan penggambaran sebagai watak utama untuk drama yang akan ditayangkan dalam platform penstriman, Tonton.
“Saya pun sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana jika ada orang tanya bagaimana saya masih menerima tawaran sebagai hero. Mungkin sudah rezeki saya,” katanya.
Berusia 53 tahun, dia mempunyai satu amalan yang sering dilakukannya sebelum pergi ke tempat kerja iaitu berdoa di dalam kereta.
“Sebelum bergerak ke lokasi penggambaran, saya akan duduk di dalam kereta terlebih dahulu tanpa hidupkan enjin,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.