Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita mengejutkan, beliau mengumumkan bahawa dia dan suami, Eilyas Azhar sudah bercerai buat kali kedua.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Zarina sendiri menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai….Yes betul kami dah cerai. Tq,” tulisnya.
Zarina turut menutup ruangan komen dan tidak menulis sebarang kenyataan di ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Terdahulu, Zarina dan Eilyas atau lebih dikenali dengan panggilan Yas menikah pada Julai 2020. Namun, Zarina mengumumkan bahawa mereka telah bercerai sekitar bulan Februari lalu.
Sebelum itu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pemuda dari Brunei pada tahun 2015, namun perkahwinan itu berakhir pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.