
Baru-baru ini, Izreen Azminda ada memuatnaik sekeping gambar bersama suaminya, Ude di Instagram. Malah tidak lama selepas itu, Ude pula memuatnaik sekeping gambar memaparkan roti telur move on. Gambar tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana didakwa mereka berdua sengaja mahu menayangkan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Bukan sahaja Netizen, malah gambar tersebut turut mendapat perhatian selebriti seperti Zarina Anjoulie. Di dalam posting Instagramnya, Zarina memberitahu dirinya sangat membuak-buak apabila melihat gambar tersebut. Malah, Zarina juga memberitahu ingin menampar suami Izreen iaitu Ude.
Di dalam posting lain yang dimuatnaik di Instagram, Zarina memberitahu itu adalah luahan jujur hatinya. Niatnya bukan ingin memihak kepada siapa-siapa tetapi dia tidak dapat menahan rasa jika perkara sama seperti itu berlaku kepada ahli keluarga sendiri.
Zarina turut berkata dia tidak menerima sebarang duit ataupun tawaran tetapi dia tidak tahan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menikam kawan-kawan sendiri.
Ada sesetengah Netizen yang mempertahankan tindakan Zarina ini dan memberi nasihat agar Izreen tidak sepatutnya memuatnaik gambar bagi menghormati bekas isteri yang masih lagi dalam kesedihan.
Sumber dari Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.