Umum mengetahui MyKad atau Kad Pengenalan mempunyai pelbagai fungsi. Tapi, ramai yang tahu MyKad ni hanya boleh dijadikan kad Touch n Go je. Sebenarnya, ada 3 fungsi lain yang MyKad boleh digunakan
1. Kad e-Tunai atau Kad Debit
Jika MyKAd anda mempunyai logo MEPS Cash, ini bermakna anda boleh melakukan pembayaran menggunakan Mykad. Jadi, tak perlu lah anda bawa kad banyak-banyak dalam wallet.
2. Kad ATM
MyKad anda juga boleh digunakan pada mesin ATM untuk melakukan apa-apa transaksi. Tapi sebelum itu, anda perlu lah berurusan dengan pihak bank. Antara bank yang membenarkan penggunaan MyKad sebagai Kad ATM ialah Citibank, Maybank, Public Bank dan Bank Islam.
3. Kad Kesihatan
Mykad boleh berfungsi sebagai kad kesihatan anda. Anda boleh menyimpan maklumat-maklumat kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implant, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat.
Sumber: Blog Mau Kerja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.