via GIPHY
1. Kulit Kering
Ya, kulit kering , kusam akan menampakkan wanita lebih berusia dari umur sebenar. Korang kena tahu , penjagaan wajah dan badan harus ditukar bersesuaian mengikut perubahan kulit. Sebab? Kulit yang kering akan lebih cenderung untuk kulit jadi lebih kusam, jeragat dan juga berkedut.
2. Berat badan naik selepas berkahwin dan bersalin
Wanita akan berubah hormon selepas umur mencecah 26 tahun ke atas, Ya, wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih gemuk, Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.
3. Dah hilang rasa nak cantik gara-gara terasa diri sudah tua
Pemikiran seperti ini salah sama sekali , walaupun umur sudah masuk 30 an ke atas, wanita kena berterusan jaga penampilan diri, kena sentiasa mencantikkan diri . Jika tidak dan berpenampilan pun ala kadar, anda akan nampak lebih tua dari umur sebenar.
4. Mengabaikan kesihatan dalaman wanita
Jangan kedekut dan malas untuk mengamalkan apa-apa suplemen. Anda perlu tahu, penyakit yang datang menyerang tubuh badan seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya akan memberi kesan yang jelas juga pada raut wajah. Ia akan membuatkan wajah anda nampak lebih tua.
5. Malas
Buang sifat malas. Jangan pernah rasa malas untuk kecantikkan diri. Jangan pernah rasa malas untuk tampil menawan dan cantik di hadapan orang ramai..
6. Terlalu Kerap Bersolek
Memakai alat solek terlalu kerap merupakan salah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.
Sumber Abang Terlajak Laris.
Sempena Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada, jom masukkan kod promo LAZADARADIO untuk setiap pembelian minimum RM80 menerusi aplikasi Lazada dan korang akan dapat potongan sebanyak RM12. Terhad kepada 300 orang yang terawal je tau? Promosi ini hanya sah bermula 10 sehingga kesemua kod promo habis ditebus ok! Check out laman web Lazada untuk maklumat lanjut!
#MYLazada1212 #Lazada1212ERA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.