Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

5 Sebab Yang Anda Perlu Tahu Kenapa Kereta Anda Bergegar

5 sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar..
Editor
23 Nov 2018, 04:03 PM

5 Sebab Yang Anda Perlu Tahu Kenapa Kereta Anda Bergegar

1.    Masalah Enjin

Gegaran mungkin disebabkan daripada enjin kerana tidak cukup suapan udara, bahan api dan percikan api untuk membenarkan ia bergerak secara lancar. Antara kesan – kesan awal yang berpunca daripada enjin boleh dilihat menerusi : 

•    Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
•    Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
•    Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Cara untuk menyelesaikannya anda perlu mengganti pencucuh (spark plug) kepada yang baru. Dan jika anda mendapati pencucuh berkenaan dalam keadaan masih elok, periksa wajar palam pencucuh adakah ia tersambung dalam keadaan yang baik. Penapis udara atau penapis bahan api kotor dan tersumbat juga mampu menyekat kemasukkan udara dan bahan api untuk enjin. 

2.    Aci Pacu (draftshaft)

Tanpa kita sedar kerosakkan gandar mudah terjadi yang menyebabkan kereta mempunyai masalah gegaran terutama ketika ingin memecut laju.

Aci pacu (Draftshaft) perlu diperiksa kerana gegaran bisa berlaku jika draftshaft bengkok.


3.    Brek Rosak

Jika anda merasakan gegaran ketikamenekan brek kemungkinan masalah tersebut berpunca daripada rotor brek dan rotor.

Rotor merupakan komponen yang berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera. 


Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.


4. Roda Stereng Goyang

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah ‘runout’ atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika ‘runout’ berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. Masalah Tayar

Tayar sebenarnya adalah masalah paling top pabila gegaran kereta berlaku. Ini disebabkan komponen utama menyebabkan kereta bergerak adalah tayar. Masalah tayar yang menyebabkan gegaran adalah : 

•    Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – imbangan (balancing) tayar diperlukan.
•    Bunga tayar terpisah – tayar perlu ditukar.
•    Tayar tidak rata – penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
•    Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama – tayar perlu ditukar.
•    Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

Untuk lebih informasi berkaitan automatif anda boleh layari pandulaju.com.my.
 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }