Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

6 Cara Untuk Menjaga Maklumat Perbankan Anda Sebaiknya

Sebagai pemilik akaun, kita sendiri harus mengambil iniasitif untuk berjaga - jaga!
Editor
19 Nov 2018, 05:21 PM

Imej Utama : shutterstock

Sistem kemudahan perbankan semakin maju sejajar dengan perkembangan teknologi moden. Namun tanpa umum sedar, teknologi moden turut memberi risiko kepada pelanggan dengan pencurian identiti atau duit di dalam akaun.

Walaupun pihak perbankan telah pun menyediakan sekuriti tapi rasanya kita sebagai pengguna dan pemilik akaun harus mengambil langkah berhati – hati untuk mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

6 cara untuk menjaga maklumat perbankan anda sebaiknya

Ini antara 6 langkah mudah untuk melindungi maklumat perbankan anda :

1.         Menjaga Transaksi Keluar Masuk

Menjaga transaksi keluar masuk wang anda merupakan salah satu langkah penting untuk anda memastikan wang anda selamat. Pastikan pengeluaran anda tepat dengan perbelanjaan yang dilakukan. Jika ada sebarang transaksi yang mencurigakan, terus laporkan kepada pihak bank.

2.         Menggunakan Kata Laluan Yang Selamat

Pilih kata laluan yang selamat untuk semua akaun perbankan anda. Elak dari menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti nama anda, tarikh lahir, nombor plat kereta dan nombor telefon.

3.         Elak Mendedahkan Butiran Kad Bank Melalui Telefon

Jangan sesekali mendedahkan butiran kad walaupun pihak bank meminta anda mengesahkan jika anda merupakan pemilik akaun tersebut.

Pihak bank kebiasaannya hanya akan meminta maklumat nama penuh atau tarikh lahir, mereka tidak akan meminta maklumat sensitif seperti nombor penuh akaun atau nombor CCV di belakang kad anda.

4.         Pastikan Kad Bank Adalah Sentiasa Dibawah Pengawasan Anda

Tragedi malang perbankan boleh berlaku dimana – mana sahaja tanpa anda sedari. Pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin akan mengambil atau menggunakan kad bank diluar pengetahuan anda. Jadi, simpan kad bank anda di tempat yang selamat.

5.         Ambil Langkah Keselamatan Ketika Melakukan Transaksi Atas Talian Di Tempat Awam

Elakkan menggunakan wifi yang tersedia di ditempat awam untuk melakukan sebarang transaksi atas talian kerana dikhuatiri akan menyebabkan ketirisan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pastikan juga anda tidak diperhatikan sewaktu mendaftar masuk ke laman web atau aplikasi perbankan.

Pastikan anda menggunakan wifi yang dipercayai untuk melakukan sebarang transaksi perbankan.

Selain itu, anda juga disarankan untuk sentiasa log keluar dari laman web selepas melakukan transaksi kad kredit atau debit.

6.         Terus Hubungi Pihak Bank Jika Anda Kehilangan Kad Bank

Jangan berlengah dan mengambil mudah jika kad bank anda hilang. Segera hubungi bank anda untuk melaporkan kehilangan dan sekat kad tersebut daripada sebarang transaksi.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

6 cara untuk menjaga maklumat perbankan anda sebaiknya

Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai Persatuan Institusi Perbankan Tanpa Faedah Malaysia.

AIBIM memiliki 27 bank ahli dan berperanan menggalakkan penggunaan sistem perbankan dan kewangan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli; menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kepada ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam, menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan sistem perbankan dan kewangan Islam

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.aibim.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us