Kredit: Freepik
Bagi ibu bapa yang ingin menganjurkan majlis sambutan harijadi anak, pasti pening nak buat perancangan dan perbelanjaan. Tambahan lagi, sekarang ni barang-barang bukan murah!
Nak buat majlis yang hebat dan sempurna sebenarnya tak perlu berbelanja mahal pun. Yang penting anda ada beberapa kelengkapan asas bagi menyambut majlis harijadi tu.
Berikut ialah enam kelengkapan asas majlis harijadi bawah RM10 yang anda boleh dapatkan:
#1 Pinggan pakai buang
Pinggan pakai buang menjimatkan masa dan tenaga (dan juga air), sebab anda tak perlu basuh pinggan banyak-banyak.
Beli di sini.
#2 Cawan pakai buang
Sama seperti penggunaan pinggan pakai buang, anda boleh jimatkan masa, tenaga dan penggunaan air dengan cawan pakai buang.
Beli di sini.
#3 Sudu garfu plastik
Gunakan sudu garfu pakai buang untuk memudahkan anda.
Beli di sini.
#4 Belon
Serikan majlis dengan sedikit hiasan seperti belon berwarna-warni.
Beli di sini.
#5 Topi parti
Kanak-kanak selalunya suka dengan topi parti, dan ia juga kelihatan ceria serta menaikkan mood.
Beli di sini.
#6 Permainan
Sambutan majlis harijadi tak sempurna tanpa permainan-permainan yang menyeronokkan dan memeriahkan lagi majlis!
Kalau nak jimat, anda boleh buat permainan ‘DIY’ seperti kerusi muzik, pencarian harta karun, main sorok-sorok, bawa bola dengan sudu, atau lari dalam guni. Jika ada bajet lebih, anda boleh beli permainan seperti permainan papan atau permainan mini yang siap dimainkan.
Beli di sini.
Ada kelengkapan-kelengkapan asas ni pun dah cukup untuk sambut majlis harijadi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.