Olahan Razzlyn Rosli.
Mungkin ramai yang tidak tahu kuku sebenarnya merupakan salah satu penanda penting untuk tahap kesihatan anda. Perubahan dalam pertumbuhan, bentuk, tekstur dan warna kuku sebenarnya menunjukkan perubahan tahap kesihatan anda.

1. Melengkong (Clubbing)
Kuku jari tangan dan kaki mula tumbuh melengkung ke bawah seperti belakang sudu. Jika perkara ini berlaku, ia bermaksud paras oksigen dalam badan anda terlalu rendah dan kebiasaannya ia melibatkan menyakit yang bersangkut paut pada paru - paru.
2. Warna Biru
Sama seperti Clubbing, warna kebiruan menunjukkan tanda oksigen dalam badan yang tidak stabil. Kuku akan kelihatan lebih biru apabila paras oksigen dalam darah terlalu rendah.

3. Kuku Rapuh
Kuku rapuh menunjukkan anda kekurangan nutrient pada kuku. Diet rendah protein dan vitamin serta mineral boleh menyebabkan kuku menjadi rapuh.

4. Bergaris
Perkara ini jarang berlaku, tetapi jika anda merupakan peminat filem jenayah, jalur mendatar pada kuku adalah petunjuk keracunan arsenik. Garisan ini dipanggil "Garis Mees".
5. Kuku Separuh
Sebahagian kuku mewarna coklat dan separuh lagu warna kuku biasa atau putih. Pemilik kuku seperti ini bermaksud anda mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik.

6. Jalur Kuning dan Putih
Kuku anda dijangkiti kulat sekiranya ia menunjukkan perubahan bentuk kuku yang membentuk jalur putih dan kuning di bahagian tepi kuku. Jalur tersebut kadangkala disertai dengan rasa sakit dan ada juga yang terdapat bendalir.

7. Kuku Yang Digigit
Medical Daily, the American Psychiatric Association's Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) mengklasifikasikan tabiat mengigit kuku berupakan salah satu simpton Obsesif Kompulsif (OCD).
Referens:
Viral Nova (2018). What Your Fingernails Say About Your Health. http://www.viralnova.com/avengers-brady-bunch-parody/
National Institutes of Health (2015). Nail abnormalities. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003247.htm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.