Olahan Razzlyn Rosli.
Setiap kali masak menggunakan bawang, pasti akan ada bau bawang yang kebiasaanya tidak disenangi kan. Kadang -kadang tu dah cuci banyak kali tau baunya pasti akan melekat. Ini kami kongsikan 7 cara nak hilangkan bau bawang.
#1 Gosok tangan pada permukaan sudu (Stainless Steel)
Lalukan bersama air dan inshaAllah bau bawang akan hilang
#2 Lumur tangan dengan garam
Ambil satu sudu garam dan dicampurkan dengan sedikit dan lumur pada tangan.
#3 Soda bikarbonat
Lumurkan soda bikarbonat atau kopi untuk menghilangkan bau bawang.
#4 Rendam dengan jus tomato
Rendamkan tangan anda dalam jus tomato, jus lemom atau pun cuka selama 5 minit.
#5 Lepa Kacang
Lumurkan tangan dengan lepa kacang (Peanut Butter)
#6 Ramas buah oren
Buang kulitnya dan ramas isi oren.
#7 Balut pakai pita pelekat
Yang ni dengar macam pelik, tapi sebenarnya berkesan. Balut tangan anda menggunakan pita pelekat selama 30 minit.
Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.