Oleh Feyra Nasrom Sumber Siraplimau
Pernah tak dah basuh banyak kali bekas makanan tapi bau masih lagi tak hilang? Kami ada 7 cara senang nak hilangkan bau dalam bekas makanan. Jom tengok kat bawah :
1)Baking soda
Guna baking soda untuk hilangkan bau dalam bekas makanan. Bahan ini sangat berkesan untuk hapuskan bau kurang menyenangkan dalam bekas makanan.
Cara-caranya: -campur soda dengan air suam dan gosokkan di bahagian dalam bekas makanan. Biar seketika sebelum bilas bekas makanan dengan air.
Ataupun, rendam sahaja satu malam bekas makanan dengan larutan soda tu.
2)Surat khabar
Ambil surat khabar lama yang sudah direnyukkan dan sumbat ke dalam bekas makanan. Biar semalam dan percaya atau tidak bau dalam bekas sudah diserap oleh surat khabar lama tersebut.
3) Cuka
Cuka sangat berkesan. Cara-caranya korang hanya perlu tuang cuka dalam bekas makanan dan biar selama 3 minit . Sebelum tuang cuka dalam bekas bilas terlebih dahulu bekas dengan sabun dan air. Kemudian, selepas 3 minit, korang bilas kembalid engan air biasa dan bau akan hilang!
4) Garam
Tabur satu sudu garam dalam bekas makanan dan biar selama 1-2 jam. Garam akan menghilangkan bau kurang senang dalam bekas makanan.
5) Perahan lemon
Perah lemon atau limau nipis ke dalam bekas makanan ataupun gosok limau ke dalam bekas. Biar dalam 3 minit dan bials dengan air. Bukan sahaja menghilangkan bau, lemon boleh menanggalkan kotoran degil.
6) Serbuk teh
Serbuk teh sangat membantu menghilangkan bau busuk. Boleh guna serbuk the yang sudah digunakan atau belum digunakan. Cuci terlebih dahulu bekas makanan, kemudian korang letak uncang teh dalam bekas makanan dan tutup bekas. Biar seketika sehingga bau dalam bekas hilang.
7) Jemur bawah matahari
Hilangkan bau makanan dengan jemur bekas makanan bawah matahari. Cuci dahulu bekas makanan dan jemur bawah matahari.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.