Pencemaran berlaku dimerata dunia. Kealpaan manusia membuatkan persekitaran menjadi hodoh. Yang paling nyata adalah pencemaran dari pembuang sampah yang tidak terkawal, sampah pula kebanyakkanya berunsurkan plastik. Dari pencemaran yang kecil boleh merebak ke kawasan-kawan lain termasuklah udara. Tiada siapa yang harus disalahkan, semua ini angkata kita semua. 7 gambar menyedihkan ini dikongsi agar kita sentiasa sama-sama menjaga kebersihan alam.

Aktiviti pertanian yang tidak terkawal didakwa menjadi punca kematian ribuan ikan kap di kawasan ternakan di sepanjang Sungai Euphrates, Mussayab, Iraq – Reuters

Seorang lelaki berjalan di celah timbunan sampah pepejal yang terkumpul tanpa dilupuskan di sebuah tapak pembuangan di Colombo, Sri Lanka. – Reuters

Kandungan fosforus dan nitrogen berlebihan di sebuah sungai di tengah-tengah bandar raya Shanghai, China telah mengaktifkan pembiakan alga hijau hingga menyesakkan hidupan akuatik. – Reuters

Sungai yang dianggap suci kini tercemar! Sungai Gangga yang selama ini menjadi sumber keramat bagi warga tempatan di Bangladesh dan India, juga akhirnya 'kalah' pada ancaman pencemaran. – Reuters

Seorang lelaki di Dhaka, Bangladesh mendayung sampannya di saliran air yang penuh dengan sampah sarap, semata-mata untuk mencari sesuatu yang boleh diguna semula. – Reuters

Berapa banyakkah plastik yang kita hasilkan? Gumpalan botol plastik PET (polietilena tereftalate) dihimpun di tapak pemprosesan syarikat Poly Recycling AG company in Bilten, Switzerland. – Reuters

Nampak tenang tetapi dahsyat impaknya! Air kumbahan dari kawasan bandar mengalir masuk ke kawasan pesisir pantai di Ramlet al Bayda di Beirut, Lubnan. – Reuters

Seorang anggota pengawal pantai di Sri Lanka diselaputi minyak sewaktu kerja membersihkan kesan tumpahan minyak berdekatan pantai Uswetakeiyawa, Sri Lanka. – Reuters
Sumber : awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.