Warga emas terutama sekali individu menghampiri usia 100 tahun berada dalam keadaan berisiko tinggi ketika seluruh dunia dilanda wabak COVID-19.
Tetapi itu bukan alasan bagi Dr Christian Chenay yang berusia 98 tahun, beliau memilih untuk kekal berkhidmat sebagai seorang doktor di sebuah pusat jagaan warga emas di Paris, Perancis.
Chenay berkata masih awal bagi dirinya untuk mengumumkan persaraan. Beliau dipercayai doktor yang paling berusia di Perancis dan tidak ketinggalan memberi sokongan kepada penghuni rumah jagaan di situ dengan membuat lawatan setiap minggu.
“Saya tidak sanggup biarkan mereka ketika wabak ini sedang melanda. Mereka pasti tidak boleh uruskan diri mereka sendiri dalam berdepan situasi ini.
“Tetapi kami sangat beruntung kerana di rumah jagaan ini masih belum terdapat kes jangkitan. Jika salah seorang ada yang positif, ia pasti satu musibah,” katanya kepada agensi berita BBC.
Paris kini difahamkan berdepan dengan kekurangan doktor keluarga tempatan. Oleh itu, Chenay memilih untuk meneruskan perkhidmatannya.
Lebih merisaukan, katanya, adalah bagi mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar Chevilly-Larue yang mengalami kesukaran mendapatkan akses perubatan.
Ditanya sama ada beliau akan bersara atau tidak dari perkhidmatannya selama 70 tahun itu.
“Usia saya sudah hampir memasuki 99 tahun dan pergerakan saya pula tidak aktif seperti sebelum ini. Jadi, saya juga perlu jaga diri saya,” katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani / BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.