Malaysia amat dikenali dengan pelbagai hidangan yang menarik dan digemari oleh orang ramai. Malah, ada yang sanggup datang ke Malaysia untuk merasakan masakan Malaysia.
Tak boleh dinafikan Nasi Lemak adalah menu kegemaran seluruh rakyat Malaysia dan amat dibanggakan.
Baru-baru ini, tular laman sosial Facebook menunjukkan seorang wakil Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara masakkan di Dublin, Ireland.
Siti Safura Mohd Tawil merangkul tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di Kulinari Chef Ireland 2020 yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland dengan resepi Nasi Lemak Bunga Telang.
Menerusi perkongsiannya, di Facebook. Safura mengucapkan terima kasih kepada duta besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah atas sokongan mereka yang tidak terhingga.
“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,”
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.