Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

I Wasn't Pregnant, I Had Cyst - Kisah Wanita Ni Memang Menakutkan

Editor
30 Apr 2019, 11:50 AM

i wasn

Sebagai wanita, tiada yang lebih menyeramkan dari berita tidak boleh hamil kerana rahim terpaksa dibuang. Ketika ini memang jiwa kita rasa lemah tetapi kita harus tabah menghadapi dugaan Allah. 

Begitu kisah wanita yang bernama Ummu Syahirah Derahman yang berkongsikan kisah dirinya menghidapi cyst di bahagian ovari bersaiz 30cm x 30cm.

i wasn

I WASN'T PREGNANT, I HAD CYST

Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.

Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yg baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.

Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dlm keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.

Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan sy yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid sy teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yg temporary disebabkan stress atau faktor yg lainnya.

Januari 2018, sy mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, sy amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet sy tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Sy akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yg masih tidak teratur, sy kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada sy mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yg dijalani memberikan keputusan negative.

Jun 2018, sy semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan sy juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji sy terpaksa ditangguh 2-3 kali.

19 Julai 2018, ketika ini sy dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini sy mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi sy, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah sy menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yg ada bersama beliau. Dengan nada yg kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari sy. Dengan tenang sy terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yg sy hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, sy dpt meneka kemungkinan keadaan sy. Mood yg mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah.

Antara dialog yg berlaku ketika itu antara sy dan doktor tersebut-

Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari.. Nampak mcm ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak mcm ketulan-ketulan kecil yg bnyk.. Awak takde rasa sakit ke kat bhgian abdomen, perut awak ni?

Saya: Ada doktor, kadang kuat jugak tpi sy rasa bearable, masih boleh tahan

Doktor: lama dah start rasa sakit?

Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.

Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?

Saya: Tak pernah doktor.. sy tak makan benda-benda mcm tu..

Doktor: Dalam family, ada yg kena kanser ke?

Saya: Ada doktor, makcik sy.

Doktor: Belah mak atau ayah?

Saya: Belah mak.

Dialog itu berakhir di situ buat sementara.

ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara sy yg baru meninggal tahun lepas. Sy sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yg bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap sy. Wanita hebat yg diuji, namun sy tak merasakan bahawa sy akan menjadi sesabar da setabah beliau jika diuji sedemikian.

Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang dihadapan sy. Darah sy diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yg penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar sy perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bhgian bawah surat tersebut adalah:

Possible diagnose: ovarian cancer

Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yg berlaku. Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata sy yg bergenang di kelopak mata juga tidak dpt dibendung. Tangisan sy seka dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yg akan berlaku kepadanya sy.

“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yg sy pegang sejak menerima berita tersebut.

13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan.

29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan sy mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari sy dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yg dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yg ada serta membuang ovari kanan sy. Dengan penjelasan bahawa peluang sy untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.

1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini sy dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, sy dimaklumkan tentang doktor-doktor yg akan menyertai pembedahan sy, sy mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta sy diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan sy lebih teruk dari yg sebelumnya. Pada ketika itu, secara professional doktor berdialog;

Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor..

Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita kan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yg beliau maksudkan).. kita akan belah dari bawah pusat dan kebawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye..

Saya: Ok doktor..

Doktor: Esok siapa penjaga yg akan ada msa operation ye?

Saya: InsyaAllah mak ayah sy dan suami akan ada sekali.

Doktor: Ok baik puan.. sebab mcm ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sy, cyst tu dh hampir ke kawasan buah pinggang dan menolah bhagian atas puan ye.. jadi kami tak pasti samada bhgian mana lagi yg terlibat smpailah kami bedah buka dan lihat sendiri. (Sy hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?

Saya: Ye doktor..

Doktor:.. baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebah ke bahgian rahim, kami terpksa untuk buang rahim puan sekali..jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu..

Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima sy mengiyakan dan doktor membenarkan sy kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa sy perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.

Dengan fikiran kosong, sy disapa kakak dan sy bertindak biasa. Sy kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yg sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu.

Memandangkan sy hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami dtg seawal waktu melawat bermula. Sy menyambut dengan senyuman namun hati yg gundah. Selepas usikan dan jenaka antara sy, suami dan kakak, suami duduk di hadapan sy dan memandang tepat wajah sy, seolah membaca riak wajah sy untuk berkomunikasi dengannya.

Dengan hati dan lidah yg berat menuturkan kata, sy menceritakan apa yg sy lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yg bakal kami hadapi esok. Sy ingin dia menjadi yg pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.

Wajah suami kekal tenang namun tangisan sy tak dpt dibendung. Hakikatnya sy tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi sy memujuk hati. Dia menenangkan sy bahawa itu hnya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. Air mata sy terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “syg mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yg bakal tersurat, sy berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yg dpt memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yg tenang dan menasihati untuk sy terus bertilawah untuk menenangkan hati.

Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba'ei dan adik Ammar Irfaan yg kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar sy. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz IImenambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.

“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang org lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira syg cik Ummu..”

“I know you’re strong kak Ummu... we all love you and I love you too, my sister..”

Begitulah ringkasan dari mesej mereka yg panjang. Malam itu terus berlalu.

2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abg Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adlah kakak ipar Hawadah Shafii yg setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abg ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan sy adalah yg pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi.

Suami dtg dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yg perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yg terbaik utk kesihatan sy. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yg terbaik untuk sy, maka dia kan memilih keputusan itu. Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat..ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata sy mengalir, terharu dgn layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, sy dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.

Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yg lain menunggu di luar.

Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, sy dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga sy sempat merasa perubahan di bahgaian abdomen di mana perut sy menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dgn doktor walau sy dlm keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yg dikeluarkan serta ovari sy pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yg bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst sy merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yg sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yg akan dikenalpasti kemudian.

Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yg sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yg kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yg rahim sy bahkan kedua-dua ovari sy dlm keadaan baik. 5 hari kemudian sy dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Sy mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.

Pelbagai pengajaran yg sy dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup sy ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan sy sebelum ini, sy menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yg diuji dgn cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:

Antara punca/faktor yg menyumbang kepada cyst:
1) Wanita yg memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
2) Wanita dlm era reproduktif di mana ovarinya berfungsi dengan baik juka merupakan golongan berisiko
3) Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
4) Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
5) Pemakanan – haiwan yg disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dlm binatang ternakan utk elak penyakit
6) Stress dan tekanan perasaan
7) Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dlm tubuh badan
8) Lebihan hormon Xenostogen dlm badan
9) Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yg lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yg lebih tinggi
10) Merokok
11) Genetik

Simptom cyst:
1) Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
2) Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (...)
3) Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
4) Rasa kenyang atau perut penuh (/)
5) Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
6) Sakit di belakang atau paha (...)
7) Payudara menjadi lembut (...)
8) Pening dan muntah (/)
9) Period/haid tak teratur (/)

(/) utk simptom yg sy alami dan (...) utk simptom yg sy tak ingat atau tak perasan sy alami huhu

Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yg diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yg tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian sy ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yg berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.

Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah sy dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah sy la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa.. meanwhile suami sy dah nak baby hahaha.. However, Alhamdulillah doktor kata bayi dlm keadaan yg sihat dan tempat cyst pun masih dlm keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dlm keadaan yg baik dan bayi akan dilahirkan kelak dlm keadaan sempurna dan baik-baik saja.

Itu saja perkongsian sy, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.

“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahgian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”

Lots of love,
Ummu Syahirah Derahman

Rujukan:
1) Diari hidup sy (ehh)
2) https://my.theasianparent.com/tanda-tanda-cyst/
3) https://my.theasianparent.com/kesan-cyst-dalam-ovari-kepen…/
4) https://www.bidadari.my/punca-cyst/
5) https://www.sinarharian.com.my/…/Sinar…/Cyst-digeruni-wanita

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }