Harga rumah sekarang semakin meningkat dan ruangnya pula kurang setimpal dengan harga rumah. Tapi ini tidak bermakna dengan ruang yang kecil itu anda tidak boleh menghiasi ruang kecil tersebut agar menampakkan ia luas.
1. Gunakan Warna Lembut & Ringan
Warna yang terang boleh membuat satu ruang nampak berseri tapi warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.
**
2. Perabot Pelbagai Fungsi
Ruang rumah yang kecil tidak sesuai menggunakan perabot yang bersaiz besar, ini membuat ruang nampak sempit dan susah untuk bergerak. Gunakan perabot yang mempunya pelbagai fungsi.
3. Letak Cermin
Untuk menampakkan sesuatu ruang itu lebih luas, cuba letak cermin. Ia akan membuat ruang kawasan tersebut nampak lapang.
4. Langsir & Posisikan Dengan Betul
Gunakan langsir yang ringan berbanding langsir yang tebal. Langsir yang tebal membuatkan ruang menjadi gelap dan bila gelap ruang akan nampak kecil. Selain itu, langsir sebaiknya diposisikan tinggi agar kelihatan ruang lebih tinggi.
5. Warna Gelap Pada Siling
Siling yang berwarna sedikit gelap dapat membuat ruang anda nampak luas serta siling kelihatan tinggi.
Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.