Kredit : panduanmalaysia.com
Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis merupakan gejala biasa yang dialami oleh 50 peratus populasi manusia.
Kelemumur berlaku apabila seseorang mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit adalah 28 hari jadi bila seseorang itu mengalam proses pertukaran terlalu cepat ia akan menyebabkan kelemumur kerana belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi.
Punca lain adalah disebabkan pertumbuhan kulat jenis Pitirisporum Ovale yang terdapat dalam kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum yang berlebihan menjadi punca kulat ini semakin aktif membiak.
Antara sebab yang lain ula adalah perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh kulit kepala yang terlalu berminyak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.