Kredit: Shutterstock
Bayangkan berada dalam debaran setiap saat; di dalam rumah yang mungkin dibedil pada bila-bila masa, melihat orang disayangi terkujur di depan mata, anak kecil dibom, senapang berada di kepala, keperluan asas disekat, universiti dibom dan dinafikan hak ke atas tanah tumpah sendiri...
Jika kita berada di sana, mampukah kita melaluinya? Tetapi bagi saudara di Tanah Palestin, walaupun mereka menggenggam ijazah kedoktoran, punyai kepakaran yang membolehkan mereka bekerja di luar negara dengan pendapatan puluhan ribu sebulan, mereka memilih untuk terus kekal di Baitulmaqdis, menjadi benteng yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada rejim Zionis.
Kami berkesempatan menemubual duta Aman Palestin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf yang berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Palestin. Banyak kisah inspirasi, gembira dan sedih yang dikongsi ibu kepada dua anak lelaki ini.
Farrah dan Muhammad. (Kredit: Farrah Adeeba)
Menurut Farrah yang telah 3 kali ke sana antara tahun 2012 hingga tahun 2016, “Rakyat Palestin sangat kuat, walaupun menjadi mangsa peperangan dan kekejaman mereka sangat baik dan penuh adab. Rombongan dari Malaysia dirai dan dilayan dengan baik.”
Tambahnya lagi, walaupun anak-anak muda Palestin berpelajaran tinggi tetapi mereka memilih untuk syahid mempertahankan Masjid Al-Aqsa.
Kredit: Shutterstock
Jika kita melihat media sosial, mungkin kita hanya membayangkan Tanah Palestin terutamanya Gaza sebuah tanah tandus, hakikatnya kawasan Gaza adalah seperti pekan kecil yang dilengkapi hotel, butik, kedai makan, kedai cenderamata, sekolah dan universiti. Malah, ramai rakyat di sana berpendidikan tinggi.
Kredit: Shutterstock
Fakta #1
Di Gaza tiada peminta sedekah walaupun mereka berada dalam kesusahan.
Fakta #2
Farrah pernah menangis teresak-esak ketika bertemu anak angkat Aman Palestin yatim piatu, tetapi anak-anak inilah yang memujuknya agar berhenti menangis.
Fakta #3
Ada nenek tua membawa menantu-menantu yang kesemuanya telah menjadi balu. Tetapi mereka tidak bersedih kerana kematian anak dan suami, mereka sedih kerana telah tiada pejuang dalam keluarga mereka.
Fakta #4
Pejuang Al-Qassam merupakan tentera sukarela yang terdiri daripada anak muda biasa. Siang bekerja mencari rezeki buat keluarga, malam berjuang sebagai tentera.
Fakta #5
Di Gaza kawasan terkepung dan langsung tiada tentera dan orang Yahudi, sebab itulah Gaza dibom dan keperluan asas mereka disekat. Dan kawasan yang dibom adalah kawasan penting seperti universiti, hospital, kebun dan ladang. Proses menghantar bekalan makanan, minyak dan ubat-ubatan disekat.
Fakta #6
Masyarakat di Tebing Barat diperangi secara mental kerana kawasan ini dekat dengan kawasan Yahudi, ada tentera Zionis dalam komuniti.
Anak-anak muda bawah 40 tahun dihalang ke masjid, Masjid Al-Aqsa dijadikan tempat berkumpul Yahudi dari seluruh dunia pada hari Sabbath, dibina tembok ratapan di dalam masjid dan dibina tembok sekatan di kawasan umat Islam sehingga menyukarkan anak-anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan, anak-anak kecil yang melawan pun diletakkan di bawah mahkamah tentera.
Farrah menunaikan solat di tanah yang dipulangkan kepada rakyat Palestin. (Kredit: Farrah Adeeba)
Fakta #7
Kawasan Mughraqah, paling teruk ditenggelami air kerana Zionis melepaskan air empangan ke sana. Di kawasan itulah Muhammad, anak lelaki Farrah yang ketika itu berusia 2 tahun ternampak ibu dan anak-anak Palestin tidur di dalam khemah plastik berbantalkan batu dalam suhu negatif darjah selsius.
Farrah ketika di Mughraqah Gaza. (Kredit: Farrah Adeeba)
Fakta #8
Tentera Zionis meletakkan belon-belon besar di sempadan Gaza, yang berisi kamera untuk memantau aktiviti harian rakyat di sana.
Fakta #9
Farrah sendiri telah melihat di hadapan matanya, tentera Zionis menembak ke arah anak kecil yang sedang memegang bendera Palestin ketika program pecah tanah.
Fakta #10
Ada rakyat Gaza yang tinggal di dalam rumah yang penuh dengan lubang, kesan tembakan tentera Zionis.
Sanggupkah kita biarkan saudara kita di Palestin dan Syria melalui kehidupan sehari-hari sendirian? Kita mungkin belum mampu untuk berperang di sana, tetapi setidak-tidaknya kita mampu memberi sumbangan untuk membantu mereka.
Selain sumbangan barangan keperluan harian, anda boleh menyertai Ibadah Korban dan Akikah Palestin dan Syria anjuran Aman Palestin yang bertujuan memberi bekalan makanan khususnya daging sembelihan kepada rakyat Palestin dan Syria yang sukar mendapatkan daging dan bahan mentah kerana harganya yang terlalu mahal.
Pihak Aman Palestin menyasarkan RM4.2juta yang akan dibahagikan mengikut kawasan kawasan tertentu.
Anda boleh menyumbang RM1,900 untuk satu bahagian lembu dan 1 ekor kambing Palestin, RM550 untuk 1 bahagian lembu serta 1 ekor kambing sejuk beku Palestin dan Syria atau memberi sumbangan 1 unit sedekah korban sebanyak RM350.
Layari website, Instagram atau Facebook Aman Palestin, atau hubungi 03 8926 7019 (pejabat) / 018 290 3013 (Cik Nabila) untuk info lanjut.
Sumbangan boleh juga diberikan dengan memuat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store!