Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Anda yang suka bertangguh tu, pernah tak lalui 5 kejadian ini?

Banyak betul alasan diberi.
Editor
21 May 2019, 11:42 AM

anda yang suka bertangguh tu, pernah tak lalui 5 kejadian ini?

Kredit: Shutterstock

Ada ke yang suka tangguh kerja? Bos bagi minggu lepas tetapi minggu ni baru ‘pulun’ buat. Alasannya ‘mood tak sampai’, tak sempat dan bermacam-macam lagilah. Apa kata kita ubah sikap suka bertangguh ni. Bukan apa, banyak keburukan yang boleh terjadi. Antaranya seperti ini:

#1 Lambat Ke Mesyuarat/Temuduga Penting

Semua perkara pun nak ditangguh hingga ke saat terakhir, dalam perkiraan kita sempat tetapi kita terlupa faktor-faktor luaran yang turut menyumbang seperti sesat atau kesesakan lalu lintas. Bukankah baik jika kita bersiap awal dan tiba di lokasi lebih awal.  

#2 Terlepas Peluang

Dah semuanya buat last minute dalam keadaan kelam kabut, hasilnya pun tentulah tidak sempurna seperti yang diharapkan. Lagi teruk tidak sempat buat pembetulan disebabkan masa yang terlalu suntuk, bukan je reputasi tercemar tetapi peluang di depan mata pun berlalu begitu sahaja. Ruginya!

#3 Kerja Bertambah

Kerja lama pun belum selesai, tambah dengan kerja baru. Bila kerja dah bertambah banyak, sudah tentu sukar untuk tugasan itu diselesaikan dengan cepat dan cekap; mulalah kena kerja lebih masa...

#4 Keluarga & Rakan Menjauh!

Iyalah, siapa yang tak tertekan bila kerja terlalu banyak sampai tidak tahu mana yang perlu dilakukan dulu. Mulalah marah-marah. Pantang salah sikit, mudah sangat melenting. Kesihatan mulai merosot, hidup tak terurus dan masa berkualiti bersama keluarga semakin kurang.

#5 Rugi Masa, Rugi Wang

Bukan je orang tamak selalu rugi tetapi orang yang suka bertangguh pun akan rugi. Rugi masa dan paling penting, rugi wang ringgit.

Salah satunya jika anda bertangguh-tangguh failkan cukai pendapatan, anda boleh dikenakan penalti berkali ganda daripada cukai yang dikenakan. Tetapi untuk pembayar cukai yang berjaya mengisytiharkan pendapatan dalam tempoh yang diberikan, mereka berpeluang menikmati kadar penalti yang jauh lebih rendah iaitu antara 10 hingga 15 peratus sahaja daripada amaun cukai yang perlu dibayar. Menarik, kan?

Ha, untuk anda yang suka bertangguh isytihar pendapatan tu, cepat-cepatlah rebut peluang Program Khas Pengakuan Sukarela oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).  Kalau anda termasuk dalam golongan ini, inilah masanya anda bertindak segera!

  • Tidak pernah berdaftar dengan LHDNM
  • Belum mengemukakan Borang Nyata Cukai
  • Terkurang lapor pendapatan
  • Tidak lapor keuntungan pelupusan aset
  • Gagal membuat penyeteman surat cara dalam tempoh yang ditetapkan

Apa tunggu lagi? Jom rebut tawaran pengakuan sukarela oleh LHDNM sekarang. Layari www.hasil.gov.my atau hubungi HASiL Care Line di talian 1-800-88-5436 untuk maklumat lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us